Thursday, January 21, 2010

Saya Sudah Bersedia: MPP Kerusi Etnik Sarawak

Semalam merupakan hari bersejarah bagi saya apabila saya berjaya membeli borang pencalonan untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.Namun begitu saya akan bertanding bagi kerusi Etnik Sarawak untuk mewakili kepentingan mahasiswa dan mahasiswi Sarawak.

Sebenarnya apabila calon etnik juga diwajibkan untuk menyertai 3 kem, saya amat tersentak kerana ini kali pertama syarat ini diguna pakai oleh UPSI di kerusi ini. Namun begitu, saya berpendapat ini ada rasional supaya penyelarasan di peringkat semua kerusi ada. Walaupun demikian terdapat juga kontranya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Richard Ak Awang selaku Presiden BAKSAR dan kepimpinan BAKSAR kerana menyokong saya dan mencadangkan supaya saya bertanding di kerusi ini. Malah saudara Richard juga yang mencadangkan supaya saya mengikuti kem ini. Saya juga merupakan satu-satunya anak-anak Sarawak yang mengikuti Kem Kepimpinan Mahasiswa yang dianjurkan oleh JHEPA UPSI semasa cuti semester yang lalu. Tidak ketinggalan kepada anak-anak Sarawak di UPSI yang banyak menyokong dan membantu saya selama ini.

Selain itu jutaan terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa Sejarah atau PERMAS. Persatuan ini merupakan persatuan yang dibina berasaskan keyakinan di kalangan ahli dan pemimpinnya. Semasa saya mula menyertai bidang politik kampus, saya masih ingat bahawa platform saya bermula di PERMAS selepas menjadi EXCO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT PERMAS semasa di bawah pentadbiran Saudara Abu Hanifah sebagai Yang Dipertua PERMAS. Seterusnya apabila saya memenangi kerusi Naib Presiden, saya pula bergandingan dengan Saudara Eddy Safbree pula untuk menerajui tampuk pentadbiran PERMAS. Jutaan terima kasih kepada PERMAS di bawah pimpinan Saudara Pemangku Presiden iaitu NEWMAN Onjunal dan barisan kepimpinan PERMAS yang menyokong saya dengan begitu kuat sekali untuk bertanding MPP bagi kerusi Etnik Sarawak

Manifesto saya pula akan dilancarkan tidak lama lagi memandangkan Penamaan calon bagi kerusi Etnik Sarawak jumaat minggu hadapan. Saya berharap mahasiswa dan mahasiswi Sarawak dapat menyokong saya untuk kita bersama-sama berubah dan sekaligus bersama-sama membantu menaikkan imej anak-anak Sarawak di UPSI.

Ikhlas dari Saya:


"Berani Berubah"
Samuel Sila Mathew Unjah
Calon MPP Kawasan Etnik Sarawak
Mantan Setiausaha Agung BAKSAR 09/10
Mantan Naib Presiden PERMAS 09/10
Mantan REXCO MPP 08/09