Monday, March 28, 2011

Suara Mahasiswa Sarawak: Politik Baru dan Pemimpin muda

KUALA LUMPUR – Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini merupakan salah satu medan terbaik bagi rakyat Sarawak menyampaikan hasrat mereka memilih wakil rakyat yang mereka rasakan mampu memberi kebaikan dan khidmat terbaik untuk kawasan mereka.

Pilihanraya kali ini merupakan sebuah pilihanraya yang menyaksikan bilangan pengundi baru dan muda bertambah ramai. Ia meliputi 33% daripada 950 000 pengundi pada kali ini bagi keseluruhan kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Apa yang menariknya sudah pasti kuasa penentu pada kali ini berada di tangan golongan anak muda dan sudah pasti di kalangan anak muda ini terdapat kelompok yang disebut mahasiswa. Golongan mahasiswa merupakan sebuah golongan yang mampu menjadi kuasa pendesak.

Ketika menjadi ahli panel untuk rancangan analisa politik Sarawak dari pandangan mahasiswa Sarawak, pada 27 Mac, Ahad lepas di Astro Awani jam 10 malam saya telah ditanya oleh saudara Kamarul Baharin dan Nazri mengenai peranan mahasiswa dan apa yang ingin disuarakan oleh mahasiswa terhadap bakal-bakal calon Yang Berhormat kawasan mereka.

Sebagai seorang mahasiswa yang berada dalam kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pengalaman yang ada sedikit sebanyak membantu saya dalam memahami kehendak mahasiswa. Dalam menjawab soalan tersebut, saya telah membawa gagasan Politik Baru yang wujud dalam mahasiswa sekarang. Politik Baru merujuk kepada politik ilmu, iaitu politik yang berhemah, politik matang dan penuh dengan kejujuran, ketelusan dan tidak mengampu. Saya bernasib baik kerana menjadi salah seorang MPP semasa idea ini dikemukan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah ( Timbalan menteri KPT) inginkan golongan mahasiswa menjadi pemimpin akan datang yang membawa politik baru yang bakal memberi nafas baru dalam kepimpinan politik negara nanti. Politik baru ini sebenarnya menjadi salah satu budaya politik yang menjadi amalan golongan mahasiswa terutamanya di Sarawak.

Dalam hal ini, golongan mahasiswa Sarawak pastinya lebih terdedah kepada maklumat terkini terutamanya melalui blog-blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Saya berpendapat golongan generasi Y ini pastinya mempunyai pandangan sendiri kerana mereka sudah menyedari kepentingan politik kerana maklumat senang didapati. Mereka juga sudah pandai menganalisis sesuatu maklumat dan golongan muda ini tidak mudah condong kepada sesuatu pihak atau maklumat kalau mereka merasakan ia tidak betul atau tidak tepat. Harus ingat golongan intelektual ini hanya akan percaya kalau terdapat fakta atau bukti yang jelas mengenai sesuatu isu.

Di samping itu, saya turut ditanya mengenai apa harapan dan aspirasi yang golongan muda terutama masyarakat muda Dayak inginkan daripada kepimpinan atasan dan bakal-bakal calon kami nanti. Bagi kami mahasiswa, bakal-bakal calon hendaklah seorang yang mampu membawa suara masyarakat sekitarnya. Politik pada masa kini adalah berbeza pada masa dahulu. Sekarang pengundi terutama golongan muda akan menilai dari segi latar belakang calon dan keupayaan calon. Perkara ini perlu diambil berat oleh kepimpinan setiap parti terutama perubahan politik di dalam negara kita lebih melihat kepada calon.

Selain itu, saya juga berharap kepada bakal-bakal Wakil Rakyat nanti terutama kawasan majoriti Dayak dan khsusunya di DUN saya akan mengundi iaitu N.34 Krian, kerana isunya sama iaitu masalah infrastruktur seperti jalan raya tidak bertar, bekalan elektri dan air bersih haruslah diselesaikan. Jangan hanya semasa kempen sahaja berjanji tapi akhirnya nanti tidak juga dilaksanakan. Jangan hanya pacakkan tiang sahaja semasa kempen tapi teruskan projek tersebut kerana hal ini menjadi salah satu perkiraan atau diambil perhatian oleh rakyat.

Saya juga mencadangkan agar tabung pendidikan untuk setiap DUN diwujudkan. Sebelum ini hanya ADUN Pelagus iaitu Larry Sng sahaja yang pernah mewujudkan dan idea ini seharusnya dibawa bersama-sama oleh bakal wakil rakyat nanti. Mentransformasikan masyarakat bukan perkara mudah malah mengambil masa yang lama, justeru itu saya berpendapat melalui pendidikan sahaja mampu menaiktarafkan penduduk di kawasan tersebut. Masyarakat Dayak bukan tidak pandai atau tidak layak masuk universiti, namun kerana masalah kekangan kewangan kerana jelas tidak ada tabung pendidikan khas untuk anak-anak di kawasan tersebut ia pasti membantutkan proses akademik mereka.

Kita tidak hanya berharap kepada kerajaan persekutuan atau negeri sahaja tetapi sebagai wakil rakyat kita kena ada inisiatif sendiri. Contoh paling jelas Yayasan Pendidikan Cheras yang ditubuhkan oleh Datuk Wira Syed Ali patut dijadikan contoh.
Akhir sekali saya membawa apa kehendak masyarakat golongan muda dan mahasiswa yang inginkan calon-calon kali ini ditampilkan dari kalangan golongan muda atau lebih dikenali sebagai Pemuda. Kita berharap supaya pucuk pimpinan mana-mana parti dapat turun padang terlebih dahulu melihat sokongan rakyat dan tanyakan kepada mereka siapakah yang layak menjadi calon bukannya memilih berdasarkan criteria tertentu tetapi akhirnya kalah. Malah kita berharap wakil-wakil rakyat yang sudah sampai 4 penggal atau lebih sudah sampai waktunya berundur dan memberi peluang kepada muka baru dari kepimpinan pemuda jikalau merasakan tidak mampu membawa perubahan atau tidak mampu mengikut cara politik baru yang menuntuk wakil rakyat lebih kepada Yang Bekerja kepada rakyat dan mesra rakyat. Malah kami berharap agar pucuk kepimpinan setiap parti bertanding agar menilai dulu setiap calon sebelum membuat keputusan yang muktamad.

Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak, calon-calon yang akan ditampilkan oleh BN adalah calon yang mampu menang dan bekerja. Jadi apa salahnya kalau ia dipraktikan di Sarawak memandangkan apa gunanya meletakkan calon yang sudah ditolak atau tidak dipercayai rakyat lagi untuk menjadi calon. Harus ingat rakyat sudah bijak untuk menilai dan tidak lagi seperti dahulu dalam mengundi. Malah saingan BN, Pakatan Rakyat dijangka meletakkan calon-calon dari golongan muda dan mempunyai pendidikan jadi tidak salahnya juga kalau BN turut meletakan calon muda pada kali ini bagi menunjukkan perubahan baru dan transformasi yang ingin dibawa generasi baru.

Justeru itu kami mahasiswa berpendapat supaya daripada mana-mana pucuk pimpinan parti tidak kiralah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat atau SNAP, pertimbangkanlah calon-calon muda yang berpotensi sebelum keputusan siapakah calon dikeluarkan. Percayalah kalau calon muda tersebut berkaliber dan mampu bekerja, golongan muda dan pengundi lain akan menyokong. Calon muda pasti akan mampu menjadi wakil rakyat yang “energetic” sekaligus mampu membawa idea yang baru dan membawa pembangunan yang bersepadu serta mentrasnformasikan ekonomi kawasannya berlandaskan idea baru mengikut peredaran zaman.

Oleh itu, kami berharap supaya politik baru yang berteraskan politik ilmu dan pemberian peluang kepada calon-calon muda yang berpotensi serta isu-isu infrasturktur dan pendidikan yang membelenggu masyarakat Sarawak terutamanya Dayak dapat diambil perhatian pucuk pimpinan parti yang bertanding kerana ianya dapat menentukan kemenangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat atau SNAP pada pilihanraya ke-10 kali ini.

Saturday, March 26, 2011

Projek Anak Manuk N.34 Krian

SARATOK: Sepenyampau 474 pintu ruang bilik ari lebih 30 buah rumah panjai ba genturung menua Seblak enggau Sebetan Ulu pagi ensanus nerima 10,000 iku anak manuk penakan.
Pengawa meri sereta bedua manuk penakan nya dipenyadika Menteri Muda Betanam betupi Moden (Koperasi enggau Gerempung Bumai ) Sarawak, Datuk Peter Nyarok anak Penghulu Entri.
Nitihka penerang ari Nyarok, pengawa meri anak manuk penakan nya sebagi ari perambu pemansang ke dipejalaika perintah ninting taun.
“Kami ngarapka mensia mayuh ke nerima tulung ari perintah taja pan mimit ulih nyaga sereta enggau bantu nya ulih ngenataika asil sereta ngurangka penanggul, ti nitihka juluk ati perintah.
“Tu nunjukka perintah bebendar nulung nyungkakka tikas sosioekonomi ayat kelebih agi rayat ke diau ba menua pesisir.
“Program meri anak manuk penakan ba N34 Krian tu dipejalaika berenggat, udah tu sida ba Sungai Budu enggau Krian Ulu,” ku iya madahka pengawa meri anak manuk penakan ngagai rayat patut ditembu bulan April.
Nyarok mansutka penerang lebuh dikerandau pengarang berita sepengudah meri sereta bedua anak manuk penakan ngagai mensia mayuh ke diau ba genturung menua Seblak enggau Sebetan Ulu ke diatur ba mua Opis Betaman Betupi Saratok ditu.
Nyarok ngarapka orang mayuh ke bedau nerima anak manuk penakan ulih liat ati nganti gintir diri laban pengawa nya deka diatur berenggat sereta bepanggai bekal anak manuk ari ladang.
“Semua pengawa ke dipejalaika kami tu endang sebagi ari tanggung pengawa nyadi tuai sereta perambu enggau program pemansang ti seruran dikereja, lalu ngarapka kita enda bechiping penemu madahka tu kena kami minta sukung ari rayat,” ku iya
Tiap ruang bilik ba tiap bengkah rumah panjai nerima 15 iku anak manuk.
Nyempulang Nyarok nyuaka anak manuk Pemesai Opis Betanam Betupi Saratok, Laeng Meran.