Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia semua,
Saya begitu tertarik dengan kolumnis UPSIKINI mengenai pemain catur dan politik kawalan di Kampus UPSI. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang memegang peranan sebagai Exco Perpaduan & Integrasi adalah wajar saya tampil ke hadapan bagi mengulas mengenai artikel ini bagi mengelakkan kekeliruan. Pelbagai presepsi mengenai MPP dikeluarkan dalam kebanyakkan artikel di mana mana blog di seluruh negara terutama mengenai organisasi MPP itu sendiri. MPP atau dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar atau dikenali MPM ( Majlis Perwakilan Mahasiswa) di beberapa Universiti merupakan sebuah badan tertinggi mahasiswa di seluruh Universiti. MPP berperanan sebagai suara mahasiswa dan mahasiswi yang boleh bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran dan membantu Universiti. Namun ia bukanlah sebagai pak turut semata-mata seperti mana yang dilaungkan ramai mahasiswa. MPP juga merupakan jambatan perhubungan antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran.
Dakwaan mengenai adanya pencatur di dalam kabinet MPP merupakan satu dakwaan tidak berasas malah wujudnya campur tangan pihak tertentu juga tidak berasas. Hal ini demikian kerana di pihak MPP, kami dipilih secara terus oleh mahasiswa dan bukannya dipilih oleh pihak pentadbir. Kami dipilih turut melalui sistem pilihanraya yang telus dan adil yang dipantau oleh pihak yang diamanahkan. Sekiranya ada dakwaan MPP dicaturkan, menurut pandangan saya yang merasai sendiri hidup sebagai MPP, tidak pernah langsung kami mendapat campur tangan dari pihak pentadbir atau pihak berkaitan. MPP diberi kebebasan bergerak dan mengendalikan sesuatu program atau membawa isu tidak kira isu nasional atau kampus asalkan ia tidak bertentangan dengan AUKU. Malah kami sering kali diminta memberi pandangan mengenai beberapa isu penting oleh pihak pentadbir dan kami turut dibawa berbincang bersama-sama dalam mencari jalan penyelesaian.
Mengenai dakwaan MPP tidak bersuara mengenai isu kebajikan dan lain lain isu seperti dikatakan kolumnis UPSIKINI:
“Kepimpian yang ada hanya sekadar sahaja. Isu kebajikan mahasiswa tiada yang bersuara. Posting, sistem pendaftaran akademik, isu kebejatan sosial tiada pemimpin mahasiswa yang endah. Kerosakan pendidikan dan pergelutan politik murahan bukan lagi menjadi bahan kritik mereka. Pastinya ungkapan ‘bagai lembu dicucuk hidung mungkin sinonim dengan mereka”.
Bagi saya yang berada dalam saf kepimpinan MPP, saya menyangkal dakwaan kononnya MPP tidak berjuang dan bersuara mengenai isu-isu kebajikan, posting, sistem pendaftaran akademik, isu kebajetan sosial dan lain-lain isu. Sebenarnya semua ini kami suarakan dalam mesyuarat bersama-sama dengan pihak pentadbir termasuk dengan Naib Canselor kita sendiri. Bahkan isu sejagat mengenai dunia pendidikan negara turut dibawa ke Konvensyen MPP di Estet, Bangi dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Cuma mungkin kurangnya promosi dan pendedahan yang dilakukan MPP menyebabkan wujudnya ungkapan MPP tidak buat kerja atau MPP tidak bersuara. Malah MPP 2010/2011 merupakan antara MPP yang proaktif dalam kampus kali ini kerana isu-isu seperti bas ke Proton City, sistem pendaftaran, kebajikan, isu bas untuk baktisiswa dan banyak lagi telah berjaya dibawa oleh barisan kepimpinan MPP kali ini. Malah ada di antara kami dilabelkan sebagai MPP bersuara lantang oleh pihak pentadbir atas dasar memperjuangkan suara mahasiswa dan menyampaikan isu-isu tersebut terus ke pihak pentadbir. Malah ada beberapa isu yang disuarakan kami mungkin tidak berhasil pada masa kami tetapi akan menjadi hasil pada masa datang untuk kebaikkan bakal junior-junior kita nanti. Sebagai contoh, isu yang saya perjuangkan setiap kali mesyuarat dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor mengenai penempatan Ambilan Julai 2008 semula selepas praktikal, tidak akan terus berhasil pada masa ini, tetapi hasilnya akan kita lihat selepas praktikal tersebut. Namun yang penting pihak pentadbir Universiti sudah mengambil berat isu ini secara serius dan saya berharap MPP yang akan datang meneruskan isu ini sebab ia melibatkan kebajikan mahasiswa itu sendiri
Selain itu, di pihak MPP, mengenai kem kepimpinan menjadi syarat pertandingan jawatan dalam MPP, saya ingin membawa satu kenyataan:
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Kenapa saya berkata demikian kerana sebagai bakal pemimpin kita hendaklah sentiasa bersedia dalam apa juga situasi. Dakwaan mengenai manipulasi pihak JHEPA mengunakan sebagai syarat pemilihan MPP seharusnya bukan isu kerana syarat ini sudah masuk tahun kedua digunakan. Kenapa perlu hal ini dibangkitkan semula. Bagi yang berminat mengikuti kursus MPP ini, anda haruslah berani untuk mengorbankan masa bagi mengikuti kursus ini walau apa terjadi kerana anda bakal pemimpin yang sentiasa bersedia. Jikalau tidak bersedia mengorbankan apa sahaja, usah cakap ingin menjadi pemimpin mahasiswa kerana diri seorang pemimpin itu seharusnya sentiasa berkorban dan bersedia bukannya hanya pandai berfalsafah dan berkata-kata tetapi tidak ada perlaksanaan. Justeru itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa yang ingin menjadi ahli MPP, daftarlah dengan JHEPA bagi kursus kepimpinan yang Mahasiswa UPSI 2010 di Bahagian Pembangunan Pelajar sebelum 16 Disember ini. Sama-samalah kita memeriahkan pilihanraya kampus akan datang.
Akhir sekali saya berharap perjelasan ini dapat memberi gambaran bagaimana kerja MPP dalam membawa suara pelajar terutama di UPSI sebagai ”Student Leader” yang betul-betul berkesan. Terima kasih kepada saudara kolumnis UPSIKINI yang mengeluarkan artikel yang agak menarik ini. Saya juga berharap agar para mahasiswa UPSI bersama-sama dengan kepimpinan MPP dalam memperjuangkan bersama sama suara mahasiswa dan bersama-sama membantu universiti dalam mencapai visi dan misi Universiti. Saya juga berharap supaya mahasiswa UPSI yang ada cadangan atau isu-isu penting atau apa-apa pandangan, jangan malu berjumpa dengan pihak MPP kerana kami terbuka mendengar pandangan anda dan kami bersedia untuk dikritik sekiranya ada kekurangan. Kami berada di MPP adalah kerana anda dan suara serta kebajikan anda merupakan amanah kami untuk disuarakan dan diselesaikan.
Sekian Terima Kasih dan Salam perjuangan..
Yang Ikhlas,
Samuel Sila Mathew Unjah
Exco Perpaduan & Integrasi Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sesi 2009/2010
FROM THE PEOPLE, TO THE PEOPLE, BY THE PEOPLE...VINI,VINCI,VIDI... I SEE, I CAME, I CONQUER
Friday, November 12, 2010
Penutupan Pendaftaran Kursus Secara Online
PERKEMBANGAN SISTEM PENDAFTARAN KURSUS ONLINE:
Perhatian Kepada Semua Pelajar ISMP Semester 1,2 dan 3
Sistem Pendaftaran Kursus Secara Online akan ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan kerja-kerja teknikal dilaksanakan bagi memastikan sistem berjalan lancar.
Untuk makluman, penutupan sistem ini akan bermula seperti berikut:
Tarikh : 12 November 2010 (Jumaat)
Masa : Dari jam 8.00 mlm - 12.00 mlm
Sebarang perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, harap maklum.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.
Unit Pendaftaran
Bahagian Hal Ehwal Akademik
05-450 6923/6992
e-mail : redzuan@upsi.edu.my
Perhatian Kepada Semua Pelajar ISMP Semester 1,2 dan 3
Sistem Pendaftaran Kursus Secara Online akan ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan kerja-kerja teknikal dilaksanakan bagi memastikan sistem berjalan lancar.
Untuk makluman, penutupan sistem ini akan bermula seperti berikut:
Tarikh : 12 November 2010 (Jumaat)
Masa : Dari jam 8.00 mlm - 12.00 mlm
Sebarang perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, harap maklum.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.
Unit Pendaftaran
Bahagian Hal Ehwal Akademik
05-450 6923/6992
e-mail : redzuan@upsi.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)