Sunday, December 14, 2008

Rang Undang-Undang SPK ketepi hak perlembagaan Sabah, Sarawak: DAP


Rang Undang-Undang SPK ketepi hak perlembagaan Sabah, Sarawak: DAP


KUCHING: DAP hari ini mendakwa bahawa Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) jika diluluskan akan melanggar hak perlembagaan Sabah dan Sarawak.

Menjelaskan bahawa DAP mahukan rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, dikaji selanjutnya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hak Sabah dan Sarawak akan terjejas jika pertimbangan sewajarnya tidak diberikan terhadap Artikel 122B dan 161E(2)(b).

"Dua artikel ini dalam Perlembagaan Persekutuan bermaksud memelihara, melindungi dan mempromsi hak Sabah dan Sarawak tentang pelantikan, pemecatan dan penggantungan khidmat hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak," katanya di konvensyen tahunan ke-14 DAP Sarawak di sini.


"Dengan lain perkataan, hak Sabah dan Sarawak tidak dirundingi atau diambil kira sebagaimana dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti dipersetujui semasa Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 1963," katanya.


Pada sidang akhbar kemudian, Lim menjelaskan rang undang-undang itu akan mengetepikan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak dari segi pelantikan, kenaikan pangkat dan penggantungan khidmat hakim.

Lim mencadangkan agar sebuah jawatankuasa berasingan yang mengambil kira kepentingan Sabah dan Sarawak dibentuk sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan demi menentukan hak-hak perlembagaan kedua-dua negeri ini dilindungi dan pada masa sama menjamin bahawa kuasa melantik hakim-hakim tidak terletak hanya di tangan Perdana Menteri. - Bernama



BAH>>SAPA AGI NGENAN KA KITAI DAYAK ENTI UNDANG_UNDANG BAKATU......

DINI YB DAYAK DEH>>>TINDUK KITA WAI>> YB-YES BOS...NAMA TAK YB CINA DEH KA MANSUT KE PENEMU BAKANYA

NAMA AGI UTAI NGASUH KITAI CHARUT..ARAM KITAI SEGEMPUNG,SEJALAI AWAKKA KITAI ULIH KUAT

1 comment:

Anonymous said...

Grrrrrrrrrreat blog!!!

Don't let the recession get you down. When was the last time you looked at government grants? With the bailout, there is more money than ever. Don't miss out.

******************************
My Award Winning Grant Blog
*****************************