Pening juga kepala saya bila diajukan soalan seperti ini:
1) Samuel kamu tak nak ke bertanding MPP. Dah tiba masanya.
2) Samuel, elok lagi awak bertanding kat Persatuan atau Kelab, baru mencabar.
3) Samuel, saya rasa elok awak bertanding MPP baru lah awak dapat buat perubahan yang
baru.
4) Samuel, setakat persatuan saja, awak takkan berkembang tetapi di MPP awak akan
membantu banyak orang lagi.
5) Samuel, baik kamu bertanding kat Persatuan sebab kamu akan lebih kuat kalau kat
persatuan berbanding MPP. Suara kamu akan lemah nanti.
Kalau yang tadi kawan saya kat UPSI yang kata. Kali ini kawan baik saya, saudara Razzi Masani, Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar MPP USM:
" Samuel, awk bertandinglah demi prinsip dan pendirian awak yang ingin melahirkan mahasiswa kelas pertama atau mahasiswa yang ke antarabangsa"
Inilah komen yang dilontarkan oleh rakan-rakan saya semenjak dua menjak ini. Mungkin kerana bahang PRK UpSI dan AGM PERMAS kot diorang banyak berkata sebegini. Namun begitu sebagai seorang yang berpegang pada prinsip saya, saya akan tetap bertanding dalam pemilihan PERMAS akan datang. Namun begitu ada juga yang meminta saya bertanding kat AGM BAKSAR. Sememangnya saya amat meminati BAKSAR tapi kalau bertanding saya terpaksa berfikir dua tiga kali kerana tanggungjawab sangat besar. Namun begitu saya masih lagi menunggu dan lihat kemungkinan berlaku kerana "politic anything can happen".
Buat warga PERMAS, saya sudah bersedia bertanding untuk jawatan Naib Yang Dipertua PERMAS kali ini demi meneruskan perjuangan mengantarabangsakan mahasiswa Sejarah UPSI dan menjaga kebajikan anda.
"Mahasiswa Berkebajikan Inspirasi Mahasiswa Antarabangsa"
Undilah demi masa depan anda........ AGM PERMAS
No comments:
Post a Comment