Thursday, March 18, 2010

Politik Itik dan Angsa

Itik angsa bersuara seksi!

Huh?

Suara itik angsa sekejap tinggi, sekejap rendah. Suara itik angsa tak sama dengan suara itik nila.

Suara itik angsa antara dengar dan tidak.

Orang politik pun ramai macam itik angsa. Sekejap tinggi, selepas tu antara keluar dan tidak. Mula-mula berani, selepas tu takut. Mula-mula bergegar-gegar, selepas tu lembik. Mula-mula bersemangat, selepas tu apabila ada orang menjeling, mula menikus.

Mengapa begitu? Nak jaga projek. Nak jaga hati kawan. Nak jaga jawatan. Sedangkan pemimpin politik mesti berani buat pendirian. Dengan pendirian itulah maka rakyat menilai.

Kalau setakat nak harap menang pilihanraya dengan bantai dan hentam orang, Pak Man Telo lagi kuat bantai. Kalau setakat nak hentam orang, Pie Tanjung lagi hebat.

Dalam politik isu, pemimpin membuat pendirian dan dia memimpin rakyat untuk menyokong isu yang diperjuangkannya. Buat pendirian dalam isu moral. Buat pendirian dalam isu alam sekitar. Buat pendirian dalam isu ekonomi. Kemudian yakinkan rakyat bahawa pendiriannya itu adalah yang terbaik. Itu baru pemimpin. Kalau dia mengikut apa yang orang lain kata, dia sebenarnya dipimpin!

Pemimpin politik begini bukan sedikit; tetapi ramai. Tak berani bercakap, tetapi ada hati nak jadi pemimpin. Tak berani bersuara, tetapi ada nafsu nak wakili rakyat.



Ah, itik angsa!

No comments: