FROM THE PEOPLE, TO THE PEOPLE, BY THE PEOPLE...VINI,VINCI,VIDI... I SEE, I CAME, I CONQUER
Monday, May 31, 2010
PERUTUSAN GAWAI DAYAK 2010 & TADAU KAAMATAN
PERUTUSAN GAWAI DAYAK DAN PESTA KAAMATAN
Exco Perpaduan & Integrasi
Saudara Samuel Sila Mathew Unjah
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya mewakili rakan-rakan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak dan Selamat Hari Kaamatan kepada mahasiswa mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Dayak di Sarawak manakala Pesta Kaamatan pula disambut oleh kaum Kadazan Dusun dan Murut di Sabah. Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964 apabila ia diisytiharkan secara rasmi. Bagi Pesta Kaamatan pula ia telah disambut secara rasmi sejak 1960 lagi.
Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan mempunyai hubungan yang erat kerana ia berkait rapat dengan musim menuai padi. Masyarakat tempatan menjadikan upacara ini untuk menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih atas tuaian padi yang baik pada tahun tersebut.
Kedua-dua perayaan ini biasanya disambut oleh segenap lapisan masyarakat di kedua-dua negeri dengan penuh meriah. Semangat persaudaraan yang sekian lama terjalin masih lagi dipertahankan dengan amalan kunjung-mengunjung sesama rakan. Inilah yang harus kita pertahankankan dan kekalkan untuk generasi akan datang.
Selain itu, atas dasar memupuk integrasi nasional, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI menerusi Exco Perpaduan dan Integrasi turut mengambil inisiantif untuk membawa perayaan ini ke UPSI supaya semua mahasiswa UPSI merasai sendiri bagaimana rasanya perayaan ini. Pesta Gawai-Kaamatan 2010 ini dijangka diadakan pada 6-8 Ogos dan berkonsepkan 1 Malaysia, 1 Gawai, 1 Kaamatan.
Justeru itu, saya turut berharap agar semasa Gawai dan Kaamatan yang disambut pada 1 Jun ini akan menjadi titik tolak dalam diri mahasiswa kerana ia mempunyai signifikasi tersendiri. Gawai dan Kaamatan ini diharap mampu mengeratkan tali persaudaraan di kalangan mahasiswa yang berbilang kaum di UPSI.
Selain itu, dalam keadaan kita bergembira semasa perayaan nanti, saya berharap agar mahasiswa terutama dari Sarawak dan Sabah mengunakan peluang Gawai dan Kaamatan ini untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat di sana. Gunakanlah peluang bergawai dan Kaamatan ini untuk berbakti dan memberi input kepada masyarakat terutama di luar bandar. Saya percaya ramai yang akan balik ke kampung masing-masing untuk bergawai dan menyambut Kaamatan. Tonjolkanlah nama UPSI dan ceritakanlah pengalaman sepanjang berada di sini sebagai satu motivasi kepada banyak lagi masyarakat di kawasan luar bandar terutamanya. Secara tidak langsung anda turut melaksanakan bakti siswa anda semasa musim perayaan ini.
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak dan Hari Kaamatan kepada mahasiswa UPSI yang menyambut perayaan ini terutama di Sarawak dan Sabah. Jangan lupa tarian Ngajat dan Sumazau bagi memeriahkan perayaan kali ini, begitu juga Unduk Ngadau dan Kumang Gawai.
Akhir kalam,
Selamat Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Chelap Lindap Nguan Menua, Bulih Limpah, Bulih Tuah, Bulih Berkat Ari Petara.
Dan
Kotobian om Kounsikaan Do Tadau Tagoya Do Kaamatan
Naka tu dulu. Terima kasih
Samuel Sila Mathew Unjah
Exco Perpaduan & Integrasi
MPP UPSI 2009/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment