Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan atau intiti politik mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan dan masalah yang berlaku ini.
Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Secara umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara dua pihak ini tidak pernah surut dari rundingan namun seolah-olah rundingan yang dilakukan tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan penyelesaian.
Pertikaian ini bertambah buruk apabila terdapat beberapa kuasa barat yang masuk campur sama ada secara langsung atau tidak langsung. Konflik antara dua pihak ini telah melibatkan kuasa atau respon secara langsung atau tidak lansung daripada antarabangsa khususnya negara kuasa veto seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara lain. Penglibatan kuasa-kuasa barat sebenarnya mempunyai pelbagai muslihat yang tersembunyi malahan mereka boleh dibaratkan “ada udang disebalik batu” kerana mempunyai motif dan matlamat tersendiri.
2.0 SEJARAH ISRAEL DAN PALESTIN
2.1 Palestin
Kedudukan negara Palestin terletak di bahagian Barat daya negara Syam iaitu di sebelah Barat Asia yang memanjang ke persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukannya yang strategik dan penting dianggap sebagai tempat yang menghubungkan benua Asia dengan Afrika dan juga sebagai titik pertemuan di antara dunia-dunia Islam. Menurut kajian arkeologi, kota pertama yang telah dibina ialah Kota Jericho yang terletak di sebelah Timur Laut Palestin iaitu lebih kurang 8000 tahun S.M.
Bumi Palestin lebih dikenali sebagai Bumi Ka’an iaitu bersempena dengan nama kabilah Ka’an, komuniti terawal yang mula-mula mendiami kawasan ini setelah berjuang dari Semenanjung Arab semenjak tahun 2500 S.M. Nama Palestin juga diambil daripada nama kaum ‘pelaut’ yang mendiami kawasan pantai yang berasal dari sebelah barat Asia Kecil dan kawasan Laut Aegean di sekitar kurun ke-12 M. Namanya juga terpahat pada ukiran peninggalan Mesir dalam bentuk tulisan “P.L.S.T” dan ditambah huruf “N” pada hujungnya sebagai kata nama majmuk. Golongan ini tinggal di persisiran pantai dan berlaku proses pencampuran dan pergaulan begitu cepat sekali dengan kabilah Kan’an sehingga tidak nampak perbezaan yang ketara di antara kedua-dua puak tersebut sehingga mereka sepakat menamakan bumi tersebut dengan nama begitu.
Menurut kajian, majoriti penduduk Palestin sekarang adalah berasal daripada keturunan kabilah Arab seperti Kan’an, Umuriah, Palestin dan kabilah-kabilah Arab yang menetap di Palestin sebelum dan selepas era pembukaan Islam. Semua mereka ini bergabung di bawah satu ikatan iaitu Islam dan bahasa Arab yang menyatukan mereka setelah memeluk dan menjadi bangsa Arab di bawah pemerintahan Islam selama 13 kurun.
Oleh kerana lokasi Palestin terletak di pertengahan negara-negara Arab, negara ini mempunyai kedudukan geografi yang sangat strategik. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan berbanding tempat lain kerana tempat ini merupakan turunnya agama Samawi, tempat peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti dan penyusupan tentera pada era yang berbeza. Lokasi yang strategik ini membolehkan negara ini menjadi penghubung pelbagai benua lain di dunia. Palestin juga dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Palestin menjadi penghubung bagi menusia semenjak dahulu lagi dan kerana kemakmuran dan keistimewaan inilah Palestin menjadi mangsa kerakusan orang-orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.
2.2 Israel
Nama ‘Israel’ berasal dalam kitab Bible Ibrani, apabila Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri. Negara yang diasaskan oleh Jacob ini kemudian digelar ‘anak-anak Israel’ atau ‘orang-orang Israel’ (Israelite). Secara etimologinya, ‘Bani’ bermakna anak-anak Nabi Ishaq a.s manakala ‘Isra’il’ merupakan nama asal Nabi Yaakub a.s. Baginda berhijrah ke Haran iaitu wilayah Syria utara dan bernikah di sana. Kemudian, disana generasi pertama Bani Israel berkembang. Tradisi-tradisi Yahudi mengganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3000 tahun. Tanah Israel memegang tempat istimewa kerana merangkumi tempat-tempat agama Yahudi yang paling penting contohnya Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal Yahudi.
Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom Byzantine dan Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi merosot akibat pengusiran beramai-ramai dan akibat kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap empayar Rom pada tahun 132 M. Pada masa tersebut, Rom memberikan nama kawasan tersebut sebagai Palestin Syria. Namun, kedatangan orang-orang Yahudi masih beterusan. Sebahagian penduduk Yahudi berpindah ke Galilea, Mishnah, Talmud dan Jurusalem. Kemudian Islam menakluk tempat tersebut selepas mengalahkan empayar Byzantine pada tahun 638 M. Kawasan ini sering bertukar tampuk pemerintahan sehinggalah menjadi sebahagian empayar Mamluk dan seterusnya Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517 M.
Orang-orang Yahudi telah cuba berhijrah berabad-abad lamanya. Contohnya, pada tahun 1141, Yahuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan meninggal dunia di Baitulmauqqadis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jurusalem dan semenjak itu, komuniti kaum Yahudi semakin berkembang. Penghijrahan golongan rabai pula berlaku pada tahun 1808-1809 dan membuat petempatan di Tiberias, Safed dan kemudian di Baitulmuaqaddis. Golongan besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah iaitu selepas timbul idea-idea Zionisme Sosialis mengenai ‘penebusan tanah’ yang dicadangkan oleh Moses Hess. Mereka membeli tanah daripada orang-orang Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Seterusnya mereka mengasaskan petempatan demi petempatan berasaskan pertanian sehingga tercetusnya ketegangan antara orang yahudi dan orang Arab.
Kemudian, lahir pula satu gerakan moden yang diasaskan oleh Theodor Herzl (1860-1904) seorang Yahudi Austria-Hungary yang menggelarkannya ‘gerakan Zionisme’. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (negara Yahudi) dan tujuannya adalah untuk menyeru pembentukan sebuah negara Yahudi. Kemudian pada tahun 1897, beliau membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama. Penubuhan Zionis telah mencetuskan Aliyah kedua (1904-1914) dengan banjiran sekitar 40,000 bangsa Yahudi. Pada tahun 1917 pula, Arthur J. Balfour, Setiausaha Luar Negara Britian ketika itu memandang baik usaha penubuhan satu negara rakyat Yahudi dalam Palestin dan mengisytiharkan Deklarasi “Balfour”. Pada tahun 1920, Palestin diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.
Penghijrahan bangsa Yahudi beterusan dalam gelombang ketiga (1919-1923) dan keempat (1924-1929) selepas Perang Dunia I. Pada tahun 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh bangsa Arab yang mengorbankan 133 Yahudi termasuk 67 di Hebron. Kebangkitan Nazisme di Jerman pada tahun 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah yang kelima. Pada waktu tersebut kaum Yahudi telah bertambah dari 11% kepada 30% pada tahun 1940. Pada tahun 1947, PBB telah memutuskan untuk membahagikan daerah mandat British-Palestin. Keputusan ini ditentang hebat oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Islam lain. Menurut PBB, Yahudi berhak mendapat 55% dari seluruh tanah wilayah tersebut manakala Baitulmuaqaddis yang menjadi bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian dijadikan bandar kebangsaan.
Akhirnya, negara Israel telah ditubuhkan pada 14 Mei 1948. Namun, sekali lagi sejarah terukir apabila sehari selepas penubuhannya, Israel telah diserang oleh tentera pakatan Lubana, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Namun, dalam peperangan ini Israel berjaya mengalahkan tentera Bersekutu Arab dan merampas 70% dari wilayah kekuasaan Palestin. Sehingga itu, kuasa Israel semakin kuat dan terus bertapak di bumi Arab.
3.0 HUBUNGAN ISRAEL DAN PALESTIN
Perhubungan dua intiti negara iaitu Palestin dan Israel sememangnya telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam lagi sehinggalah berterusan pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan sehingga kini. Namun, isu mengenai Israel muncul atau wujud secara langsung semasa kerajaan Turki Uthmaniyyah diambang kemerosotan dan keruntuhan. Justeru, sebaik sahaja Empayar Turki telah mengalami kekalahan, pihak-pihak Barat telah bertekad untuk menguasai wilayah-wilayah yang asalnya di bawah taklukan Kerajaan Uthmaniyyah. Maka, bermulalah episod yang banyak meninggalkan kesan dan jalinan hubungan orang Barat dan Yahudi dengan rakyat Arab khususnya Palestin.
Hubungan politik yang terjalin tidak pernah surut dari permasalahan, konflik dan jalan penyelesaian. Ironinya jalan penyelesaian yang diwujudkan tidak pernah mendapat keputusan yang bijak dan adil bagi kedua-dua belah pihak. Hubungan Israel dengan Palestin juga secara langsung turut melibatkan hubungan dengan negara-negara Arab. Perhubungan dalam hal-hal politik telah menghasilkan pelbagai jenis perjanjian sama ada berkaitan ekonomi atau politik. Negara-negara Arab yang melihat konflik yang wujud pernah mencuba menyelesaikan masalah dengan mencadangkan usaha damai antara kedua-dua intiti politik ini. Sebagai contoh pada tahun 1981, Raja Saudi iaitu Raja Fahd mencadangkan usaha damai untuk menamatkan konflik dan cadangan beliau diterima oleh sidang Arab di Fez, Maghribi 1982. Namun, cadangan ini telah ditolak tanpa banyak bicara apabila pada masa yang sama Ronald Reagan (Presiden Amerika) mengemukakan cadangan sendiri melibatkan pembukaan penempatan. Manakala Sharon pula telah menolak semua tawaran dan memberi amaran kepada Washington supaya tidak bersekongkol dengan Arab Saudi.
Selain itu, konflik juga tercetus apabila tementerainya Sykes-Picot Agreement yang telah ditandatangani oleh pihak barat dengan Israel tanpa pengetahuan Arab Saudi juga menjelaskan situasi hubungan yang terjalin antara Israel dengan Arab terutamanya Palestin. Kewujudan negara Israel ini telah diiktiraf oleh Amerika Syarikat yang menjadi negara pertama mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara pada 14 Mei 1948 oleh Presiden Harry Truman. Beliau menyatakan hubungan politik dengan Palestin telah bemula secara langsung walaupun hakikatnya tidak kerana semuanya hanyalah helah atau muslihat untuk mengaburi mata dan pandangan negara Arab bagi mengawal Palestin secara mutlak dan secara tidak langsung.
Banyak perkaitan yang menghubungkan orang Yahudi dengan rakyat di Palestin dari segi sosialnya khususnya agama dan kepercayaan. Perebutan tanah atau wilayah merupakan asas utama yang menjadikan punca utama konflik yang berlaku. Hal ini boleh dijelaskan melalui peristiwa peperangan pada tahun 1967 yang melibatkan tiga agama kerana Yahudi telah menguasai tempat-tempat suci bagi agama Kristian dan Islam. Tempat suci Kristian yang dikuasai oleh Yahudi adalah di Jericho, Qumran, Sungai Jordan, Bethlehem dan Baitulmauqaddis. Selain itu, Yahudi turut menguasai tempat suci bagi penganut agama Islam iaitu di Masjid Al-Aqsa, Kubah Al-Sakhra dan makam-makam para anbia di Khalil yang sememangnya mencetuskan konflik besar. Hubungan dua intiti politik ini lebih buruk dan ditambahkan lagi persengketaan selepas tercetusnya peperangan pada tahun 1967 yang telah menyebabkan lebih ramai rakyat Palestin menjadi pelarian dari Tebing Barat ke Jordan iaitu seramai 150000 dan 200000 pelarian. Sebelum tahun 1967, penduduk yang mendiami di Gaza merupakan pelarian manakala penduduk di Tebing Barat terdiri daripada penduduk peribumi dan pelarian. Perebutan kawasan atau wilayah ternyata terserlah apabila orang Yahudi berpindah secara beramai-ramai ke bumi Palestin selepas jemputan secara rasmi oleh tokoh politik pertama yang melakukan hal yang sedemikian iaitu Napoleon Bonaparte pada 20 April 1799.
Terdapat perjanjian-perjanjian yang melibatkan perhubungan dua intiti politik dalam hal politik dan ekonomi dalam Proses Damai Oslo seperti Perjanjian Kaherah (1994), Perjanjian Toba (Oslo II, 1995), Perjanjian Sharm al-Sheikh (1999). Rundingan yang membawa kepada setiap perjanjian yang telah dimenterai sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah atau konflik yang berhubung dengan Israel dan Palestin. Hal ini disebabkan oleh masalah yang cuba diungkitkan oleh sebelah pihak sebagai halangan kepada penyelesaian konflik yang berlaku. Hubungan dari segi ekonomi dapat dilihat melalui perjanjian-perjanjian yang telah dimenterai merangkumi hal-hal ekonomi di samping politik dan sosial.
Selain itu, jalinan hubungan Israel dengan Palestin dalam sektor ekonomi dapat dilihat apabila berlakunya penggabungan ekonomi Israel dengan Palestin. Israel berpendapat bahawa dasar-dasar ekonomi mereka di Palestin dapat membantu dalam pembangunan ekonomi. Namun, pada hakikatnya rakyat Palestin sebenarnya telah ditransformasikan menjadi golongan bawahan atau pekerja yang bergantung ekonomi daripada Israel dan diibaratkan bahawa rakyat Palestin tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri dari segi sektor ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan pada tahun 1973, ramai rakyat Palestin yang diambil dari Tebing Barat untuk bekerja dalam sektor pembinaan dan pertanian. Malahan, rakyat Palestin juga bergantung ekonomi kepada Israel dalam sektor perindustrian apabila 90 peratus barangan diimport dari Israel dan barangan dari wilayah yang diduduki menjadi pasaran eksport kedua terbesar bagi Israel.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KONFLIK ISRAEL DAN PALESTIN
4.1 Faktor Agama
Konflik antara Israel dengan Palestin berpunca dari salah satu faktor utama iaitu keagamaan apabila golongan Israel telah menubuhkan gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan yang dijalankan oleh orang-orang Yahudi . Keadaan ini menyebabkan mereka ingin mendapatkan negara atau kawasan untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka. Malahan mereka percaya kerajaan mereka atau pusat penyebaran agama mereka perlu dipusatkan pada tempat-tempat diturunnya kitab Injil iaitu di kawasan Palestin dan kawasan ini juga berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. .
Konflik ini mula tercetus apabila Israel dimasukkan ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah pelarian yang terdiri daripada golongan Yahudi ini telah mencadangkan supaya 100 000 rakyat Palestin dimasukkan dan diterima menjadi rakyat Israel tetapi cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh golongan Yahudi . Hal ini kerana golongan Yahudi inginkan negara Israel dihuni oleh rakyat yang terdiri daripada golongan beragama Yahudi sahaja dan tidak mahu menerima golongan lain terutamanya golongan Islam. Keadaan ini telah mendorong berlakunya perebutan tanah di Palestin yang mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa tanah di Palestin adalah tanah suci mereka dan berhak terhadap tanah tersebut, keadaan ini menjadi faktor konflik kepada Isreal dan Palestin sehingga tercetusnya peperangan dan kematian.
4.2 Perebutan Tanah
Perebutan tanah antara Isreal dengan Palestin adalah disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh golongan Zionis yang terdiri daripada orang Isreal yang percaya bahawa tanah Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan tanah suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut . Orang-orang Yahudi mempercayai hak kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam menganuti agama. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri seolah-olah tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama tersebut dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa, rampasan tanah, harta dan lain-lain kekejaman yang mereka lakukan.
Pandangan golongan Islam pula berbeza dengan golongan Yahudi (Israel) yang menafikan hak dan tuntutan orang-orang Yahudi terhadap bumi Palestin ini . Hal ini kerana, golongan Islam berpendapat bahawa tanah Palestin terutamanya Jurusalem adalah tempat suci mereka kerana dua alasan iaitu merupakan kiblat pertama umat Islam saat menjalankan ibadah solat. Selain ia disebabkan tempat terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke Masjid haram .
Aspek sejarah juga menjadi faktor berlakunya konflik perebutan tanah antara Israel dengan Islam. Hal ini terjadi apabila golongan Bani Israel yang pernah memerintah di beberapa kawasan Palestin menjadikan faktor tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk mendapatkan kem bali tanah Palestin . Bani Israel mendakwa mereka layak memerintah di tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak atau mentadbir di sana. Namun begitu, kajian sejarah menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel di beberapa kawasan di Palestin begitu singkat tempoh masanya iaitu tidak lebih daripada 4 kurun, berbanding kerajaan Islam iaitu selama 12 kurun (636–1917) . Majoriti Yahudi iaitu golongan Israel telah keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun manakala penduduk peribumi tetap menetap di situ. Keadaan mula berubah apabila golongan Israel datang kembali menuntut hak mereka yang mengatakan bahawa tanah Palestin itu adalah kepunyaan mereka dan bertindak mengusir keluar penduduk tetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Perebutan tanah ini menjadi faktor konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku kekacuan dan peperangan yang berterusan, namun begitu terdapat faktor-faktor lain juga menjadi punca kepada konflik ini seperti Ideologi Zionosme dan faktor ekonomi.
4.3 Faktor-faktor lain
Faktor Ideologi Zionisme
Theodor Herzl (1860-1940), seorang wartawan Yahudi berasal dari Austria telah membawa ideologi zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19. Herzl dan rakan-rakannya melihat “keyahudian” sebagai sebuah nama ras bukan sebuah masyarakat beriman. Mereka mengatakan bahawa orang-orang Yahudi menjadi sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah dan ini menyebabkan amat mustahil bagi mereka untuk hidup bersama-sama. Oleh sebab itu, amat penting ertinya bagi mereka untuk membangun tanah air mereka sendiri. Pada mulanya Rheodor Herzl mencadangkan Uganda sebagai tempat atau negara orang Yahudi tetapi kemudiannya memutuskan Palestin menjadi negara orang-orang Yahudi. Alasannya Palestin dianggap sebagai “tanah air bersejarah bagi orang Yahudi”. Ideologi Zionisme juga menekankan bahawa mereka tidak hidup aman dan damai dengan bangsa-bangsa lainnya. Keadaan ini telah menyebabkan konflik Palestin-Israel berlarutan sehingga mencapai satu masa yang sangat panjang dan menjadikan keadaan di bumi Palestin huru-hara.
4.4 Faktor ekonomi
Terusan Suez terkenal sebagai sebuah terusan buatan manusia yang terbesar terletak antara Mesir dan Semenanjung Sinai dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300m (984 kaki) dan berfungsi antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara 2 laut tersebut. Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, Utara dan Selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.
Akibat kekhuatiran Israel terhadap Revolusi Mesir pada tahun 1952 dan perhubungan persahabatan yang lebih erat dengan Amerika Syarikat yang cuba diwujudkan oleh pemimpin baru Mesir Gamal Abdul Naseer. Israel bercadang melancarkan perang tetapi tidak kesampaian kerana risau akan hubungan dengan Amerika Syarikat. Pada bulan Julai pendedahan dibuat bahawa serangan beberapa bom dan kebakaran di beberapa buah pawagam Kaherah pada musim panas sebelumnya dikatakan pengkhianatan beberapa orang Yahudi Mesir adalah angkara hasutan Lavon di Israel. Ben Gurion yang menggantikan pemerintahan telah menyerang pusat Mesir di Gaza pada 17 Februari 1955 menyebabkan hampir 40 orang Mesir terbunuh. Akibatnya, Abdul Naseer yang tidak berpuashati walaupun pada dasarnya menerima perdamaian kerana berfikiran betapa terdedahnya Mesir terhadap serangan Israel, beliau telah mengambil langkah sendiri dengan memiliknegarakan Terusan Suez yang mempunyai kepentingan yang besar terhadap Israel dan penyokong-penyokongnya.
Pemiliknegaraan Terusan Suez oleh Mesir melalui ucapan Gamal Abdul Naseer yang memerintah Mesir pada ketika itu menyebabkan ketidakpuashatian beberapa pihak yang mempunyai kepentingannya. Ekoran daripada itu, Israel telah melancarkan serangannya ke atas Mesir yang menyebabkan konflik antara dua negara ini semakin sengit. Ditambahkan lagi apabila terdapat pihak lain yang turut mengambil kesempatan dalam hal tersebut. Hal ini disebabkan Israel mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Terusan Suez iaitu laluan untuk mengangkut senjata perang yang diimport dari Perancis, menyebabkan mereka bertekad untuk menyekat kuasa Mesir di kawasan tersebut dan keadaan ini menjadikan persengketaan antara Mesir dengan Israel semakin rumit.
5.0 RESPON KUASA-KUASA BARAT
5.1 Amerika Syarikat
Perjanjian Oslo 1993 merupakan kesepakatan damai terpenting di Timur Tengah setelah perjanjian damai Israel–Mesir di Camp David 1979. Namun kesepakatan Oslo itu, akhirnya tewas di tangan ekstremis Yahudi, Yigal Amir pada 1995. Peristiwa tersebut disebabkan oleh Parti Buruh yang moderat dari Parti Likud yang radikal pada pilihan raya umum Israel bulan Mei 1996. Hal ini menyebabkan tersendatnya pelaksanaan kesepakatan Oslo yang merupakan hasil kesepakatan antara Palestine Liberation Organization (PLO) dengan parti buruh Israel. Pada bulan Januari 1997, terjadi kesepakatan Hebron dengan perundingan Israel–Palestin pada era Perdana Menteri Benjamin Netanhayu. Kesepakatan Hebron ini hampir gagal, seandainya tidak ada campur tangan langsung utusan khusus Amerika Syarikat pada ketika itu ialah Dennis Ross.
Palestin harus menerima Kota Hebron dibahagi menjadi dua bahagian pada bulan Mei 1999 yang dimenangkan pimpinan parti buruh Ehud Barak yang memberi semula harapan atas masa depan perdamaian. Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan pimpinan Palestin Yasser Arafat menandatangani kesepakatan Sharm el–Sheikh di Mesir pada bulan September 1999. Perdana Menteri Barak lebih memilih kesepakatan akhir langsung daripada kesepakatan bertahap. Faktor inilah yang mendorong Amerika Syarikat, Bill Clinton dengan persetujuan Perdana Menteri Ehud Barak menggelar perundingan Camp David II pada bulan Julai 2000 yang akhirnya mengalami kakalahan. Kegagalan perundingan Camp David merupakan kejatuhan awal menuju pemerintah Perdana Menteri Ehud Barak. Pasca perundingan Camp David, Israel dilihat krisis politik luar biasa yang memaksa Perdana Menteri Barak mengundur diri dan menggelar pilihanraya lebih cepat. Kegagalan ini juga menunjukkan rakyat Israel belum bersedia menciptakan perdamaian yang adil di Timur Tengah. Mereka mengakui kedaulatan Palestin atas Masjid Al–Aqsa dan ini merupakan penyebab utama gagalnya perundingan Camp David.
Pada tahun 2007, pada zaman pemerintahan akhir George W. Bush, Quartet On Middle East ditambah dengan penyertaan dari Mesir telah mengadakan konferensi untuk kembali membicarakan perdamaian antara Palestin dan Israel di Annapolis. Bagi pertama kalinya disebutkan secara eksplisit dalam proses perundingan.. Penerimaan resoulusi dua Negara dalam Annapolis Conference, maka telah terjadi perubahan dalam platform politik yang telah lama dialami oleh Palestin dan Israel. Walaupun demikian, hasil dari Annapolis Conference masih belum dapat diimplementasikan kerana semakin rumitnya konflik yang terjadi di wilayah Palestin dan Israel.
Deklarasi Belfour pada 1917, telah menjanjikan sebuah negara Yahudi di tanah Palestin pada gerakan Zionis. Di bawah payung legitimasi Perjanjian Skyes–Picot dan deklarasi Belfour tersebut, warga Yahudi di Eropah mulai melakukan imigrasi ke tanah Palestin pada tahun 1918. Tindakan Amerika Syarikat yang enggan menerima dan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah memenangi pilihan raya Palestin yang telah diadakan secara bebas dan demokratik. Hal ini menampakkan ‘double standardnya’ Amerika Syarikat yang kononya menjuarai ‘demokrasi’ dan ingin mewujudkan negara yang demokratik di rantau tersebut, tetapi enggan mengiktiraf Hamas apabila ia memenangi pilihanraya. Setiap kali Israel melakukan keganasan, Amerika akan mempertahankannya. Semasa Gaza diserang, Bush telah mengistiharkan Hamas itulah pengganas. Demokrasi yang kononnya yang hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata-mata.
Amerika telah membekalkan senjata kepada Israel dan Washington telah mencadangkan usaha damai kepada Israel tetapi Israel telah menolaknya. Dasar Amerika Syarikat terhadap proses damai berubah–ubah, tetapi kandungannya konsisten sejak dari awal lagi. Peranan Amerika Syarikat berubah–ubah pada tahap rundingan yang berlainan bagi memastikan laluannya tidak terpesong di Timur Tengah yang sentiasa bergolak. Ia berubah daripada peranan pihak pemudah cara, menjadi tuan rumah kepada pihak yang terlibat hinggalah kepada ‘rakan kongsi penuh’ yang menentukan kompromi dan mengenakannya ke atas rakan kongsi mereka yang lemah. Amerika Syarikat wujud sebagai kuasa politik dan diplomatik yang merangka kompromi dan menulis surat jaminan kepada pihak yang terlibat dan menjadi hakim, juri dan pendakwa raya secara serentak. Diplomatik Amerika ini sejak Persetujuan Oslo ditandatangani pada 13 September 1993 di perkarangan Rumah Putih. Hal ini kerana hubungan ideologi dengan Israel, tekanan politik dalaman terutama daripada Israel. Di dalam masa yang sama juga kerana keasyikan dengan penubuhan zon perdagangan yang dikuasai Amerika Syarikat serta memastikan masyarakat antarabangsa, pengasas undang–undang dalam negeri di Amerika Syarikat dan PBB tidak terlibat dalam proses penyelesaian konflik itu.
Hal ini berlaku di sekitar Israel dan terdapat enam prinsip yang perlu dihormati semasa rundingan itu. Salah satunya ialah mengekalkan undang–undang dan kuasa tentera yang tidak stabil antara Israel dan Palestin supaya Palestin terus bergantung kepada Israel. Hal ini telah menunjukkan Amerika Syarikat bukan pengantara yang jujur atau pendamai dalam sebarang cara atau bentuk yang disedari oleh Palestin semasa Camp David. Amerika Syarikat ini bersifat memaksa dalam pendekatannya dan wawasannya pula bersifat penjajah. Hal ini jelas sikap berat sebelah kepada sekutunya Israel jelas kelihatan dalam pendekatan pasukan Clinton yang kebanyakannya Yahudi Zionis yang bertindak bagi pihak puak kiri dan puak kanan Israel yang kerap kali membentangkan cadangan Israel kepada Palestin sebagai cadangan damai Amerika Syarikat. Sebaliknya Amerika Syarikat berikrar akan menyokong Israel jika Israel mengambil risiko yang perlu bagi keamanan dan berjanji akan terus berada di pihak Israel jika risiko itu dirasakan terlalu besar. Israel ini kebal daripada sebarang tekanan dan jika enggan melaksanakan perjanjian itu atau mencabul resolusi 242 PBB yang meminta supaya pertukaran wilayah dilakukan bagi mencapai keamanan. Atas semangat Pax Amerika Timur Tengah yang baru ini, Washington menyokong Israel dengan memberikan lebih banyak bantuan ketenteraan dan ekonomi serta subsidi kepada pasukan keselamatan PNA untuk membendung akibat ‘proses damai’ yang sememangnya tidak adil dan stabil.
Bagi mengekalkan peranan Clinton sebagai pengantara, pentadbiran Clinton menggunakan beberapa kaedah penipuan yang menjadi ciri penting diplomasinya. Pentadbiran Clinton sentiasa berbohong kepada Palestin dan memperdaya kepimpinan ikat supaya mereka percaya Amerika Syarikat memahami dan bersimpati dengan kekecewaan serta kebimbangan apabila tugas diubah dan disempitkan terutama apabila resolusi PBB dilangkaui atau dicabul secara terang–terangan. Amerika Syarikat selalu menyediakan perjanjian draf ‘surat jaminan’. Jaminan mengenai penempatan dan Baitulmauqqadis menunjukkan satu lagi penipuan pentadbiran Amerika. Pentadbiran Bush dan pentadbiran Clinton, menggugut akan memutuskan hubungan dengan pihak yang enggan menerima surat jaminan itu dan diugut dengan pengasingan. Amerika juga menawarkan insentif pada negara yang menerimanya, termasuk bantuan, geran, senjata dan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat. Hal ini merupakan janji manis yang disertai dengan ugutan. Presiden Clinton berkuasa di Rumah Putih, beliau lebih kerap menerima Arafat daripada mana–mana pemimpin luar yang lain seperti yang disebut dalam Majlis Keselamatan Negara. Proses damai itu merupakan sesuatu yang peribadi bagi Clinton yang ghairah untuk melaksanakan tetapi garis panduan Pro-Israel yang diamalkan menjejaskan proses damai. Rundingan status akhir berlangsung sebaik selepas proses sementara dilaksanakan dengan memihak kepada Yahudi.
Washington memulakan rundingan dengan pegawai Israel mengenai pakej bantuan ketenteraan yang akan membebaskan pembayar cukai Amerika $ 17 bilion. Hal ini dianggap pendorong kepada Israel untuk menandatangani dengan Syria dan Palestin yang melibatkan pengunduran dari Golan dan Tebing Barat. Washington menawarkan kepada Israel perjanjian pertahanan stategik yang ditandatangani dengan negara NATO, Jepun dan Korea Selatan selepas Perang Dunia Kedua. Surat jaminan bertarikh 4 September 1999, daripada setiausaha negara Amerika Syarikat, Madeline Albright menetapkan ‘kami sedar kebimbangan anda mengenai penempatan’. Presiden Clinton mengatakan, Amerika Syarikat tahu kesan kerana aktiviti penempatan haram ini memusnahkan usaha mencapai keamanan antara Palestin dan Israel. Pentadbiran Clinton mengabaikan isu penempatan dan merujuk isu ini sebagai tidak membantu, bukan lagi penghalang proses damai. Pada 4 Oktober 1994, selepas perjanjian Oslo ditandatangani, Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Timur Tengah, Robert Pellertau mengatakan empat perkara yang salah satunya pembinaan penempatan haram yang ditaja secara persendirian tidak mencabuli sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat dan peluasan penempatan seluas selepas Perjanjian Oslo serta bukan lagi penghalang proses damai tetapi sekadar faktor yang merumitkan proses damai.
Amerika Syarikat juga banyak terlibat dalam perundingan ini yang menyebabkan Israel berwaspada walaupun jelas Amerika Syarikat menyebelahi Israel dan pemimpin Israel mengambil sikap berhati–hati dengan tidak mencampuradukkan kepentingan dan wawasan menjadi kuasa besar yang kadangkala tidak serasi dengan Amerika Syarikat. Penglibatan Amerika ini akan memberi tekanan kepada Israel. Hal ini berlaku kepada kerajaan pimpinan bermula semasa persetujuan Camp David dan juga berlaku apabila Amerika Syarikat campur tangan semasa Israel dipimpin oleh Shamir dan Netanyahu. Pada masa yang sama juga Amerika berulang kali menggunakan apa sahaja yang boleh untuk menekan Palestin supaya berkompromi. Sebagai contoh, Amerika menggunakan Syria sebagai alasan untuk mengambil kesempatan daripada hubungan buruk antara Arafat dengan Presiden Hafez Al–Assad.
Pada awal 1999, rundingan Syria–Israel melangkah setapak ke depan apabila Menteri Luar Syria, Farouk As–Shara, bertemu Perdana Menteri Ehud Barak di Washington begi membincangkan syarat pengunduran, perjanjian keselamatan dan memulihkan hubungan. Amerika Syarikat terutamanya Kongres yang menggunakan agenda dalam negerinya sebagai alat untuk menekan Palestin. Pentadbiran Clinton, yang kononnya seorang kawan menuntut bantuan Arafat supaya mengundi ahli kongres yang radikal dengan membuat lebih banyak kompromi dan kurang menimbulkan masalah. Hanya selepas sokongan kuat dari Rumah Putih, Palestin telah mematuhi garis panduan Amerika dalam isu keselamatan, barulah kongres membenarkan Washington mengekalkan hubungan diplomatik yang normal dengan PLO. Malah dasar Amerika mengubah proses damai itu menjadi gencatan senjata yang berterusan bahkan berkekalan yang bukannya suatu perjanjian damai. Apabila genjatan senjata itu gagal pada 28 September 2000, Washington menyalahkan Palestin sedangkan ia sendiri yang wajar dipersalahkan. Amerika melepaskan satu demi satu peluang penyelesaian damai yang menjamin hak negara Palestin yang minimum dan juga keselamatan serta kewujudan bersama Palestin–Israel sebagai negara yang sama rata. Proses damai yang disalah anggap sebagai pendamaian menyebabkan Amerika menyatakan dirinya sebagai pendamai dan Israel sebagai rakan pendamai yang lebih berpengalaman walaupun ketika ia mencabul undang–undang antarabangsa. Oleh itu, kesalahan Israel di peringkat antarabangsa yang tidak dikenakan hukuman dijamin sepenuhnya oleh Washington yang pastinya menggalakkan Israel supaya terus mencabul hak Palestin. Malah proses damai tajaan Amerika ini memberikan perlindungan yang diperlukan Israel untuk merampas lebih banyak tanah, mengepung rakyat Palestin di bandar mereka sendiri, kuasai mereka dari segi ekonomi dan mengawal mereka secara fizikal.
Amerika Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel terus memberi sokongan kepada rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin dan bagi Israel sokongan Amerika dan Eropah amat penting. Mereka tidak kisah bahagian dunia lain khususnya Islam marah tetapi yang penting ialah Amerika Syarikat dan Eropah menyokongnya. Amerika Syarikat dan Israel memihak kepada PLO yang diberi bantuan supaya menekan Hamas. Hal ini kerana Amerika dan Israel melihat Hamas sudah menjadi ancaman kepada Israel. Tujuan Amerika dan Israel adalah untuk memastikan PLO khususnya organisasi utamanya iaitu Fatah akan sentiasa berseteru dengan Hamas. Amerika Syarikat juga telah membantu Israel untuk menjadi semakin keras kepala dan perbicaraan gagal pada hari berikutnya. Fork menyatakan walaupun Amerika Syarikat telah membantu Israel untuk menjadi lebih kuat secara tentera dibanding dengan semua tetangga Arabnya disatukan, dengan harapan akan menjadi lebih baik, pendirian menjadi semakin keras dan perdamaian tidak mungkin akan terjadi.
Perdamaian Bush 1989, pemerintah Bush berpegang kepada Resolusi 242 sebagai landasan bagi pendamaian. Pada 22 Mei, telah mendesak semua pihak mengambil sikap morderat agar suatu proses pendamaian dapat dimulai. Kepentingan Israel di tepi Barat dan Gaza, berkaitan dengan keamanan atau tidak dapat dikomodasikan melalui suatu penyelesaian yang didasarkan atas resolusi 242. Meskipun pemerintahan Bush memberikan suara setuju pada resolusi Dewan Keamanan PBB yang mengecam Israel kerana tindakan itu dan menuntut sesuai dengan hukum internasional agar rakyat Palestin dikembalikan ke rumah mereka tanpa ditunda-tunda lagi. Penggantinya dalam jabatan itu dengan segera mengembalikan tradisi Amerika untuk selalu terlibat dalam pelanggaran yang dilakukan Israel. Bahkan tanpa adanya ledakan kontreversi, proses keberhasilan dalam perbicaraan damai cukup suram. Apa yang jelas tidak akan ada kemajuan serius kecuali jika Amerika Syarikat secara langsung ikut campur tangan menangani masalah-masalah atau konflik.
5.2 Britain
5.2.1 Perjanjian Balfour
Selain Amerika Syarikat, sekutu kuatnya Britain juga telah mencampuri beberapa urusan penting dalam konflik Israel-Palestin. Hal ini telah pun bermula sebelum konflik ini tercetus lagi. Antara yang jelas terlihat adalah termeterainya Perjanjian Balfour. Perjanjian Balfour ini telah membawa impak yang sangat besar ke atas bumi Palestin. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq dan akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain yang diketuai oleh General Allenby telah memasuki Palestin. Deklarasi Balfour berlangsung pada 2 November 1917 antara Arthur James Balfour Menteri Luar Britain dengan Lord Rothschild, pemimpin Zionis Britain. Antara intipati yang terkandung dan menjadi fokus dalam perjanjian ini adalah:
"Dengan sukacitanya saya ingin menyampaikan kepada tuan atas nama kerajaan Baginda satu Deklarasi yang mengandungi perasaan simpati terhadap cita-cita Zionis-Yahudi. Deklarasi ini telah diperkenankan oleh kabinet. Kerajaan Yang Dipertuan Baginda melihat dengan penuh simpati untuk membentuk atau menjadikan Palastin sebagai Tanah Air Kebangsaan bagi orang-orang Yahudi dan akan berusaha dengan pelbagai cara bagi memudahkan tercapainya objektif tersebut. Deklarasi ini perlu difahami secara jelas supaya pelaksanaannya tidak akan mengancam hak-hak sivil dan keagamaan golongan bukan Yahudi di Palastin dan juga tidak mencabuli hak-hak politik golongan Yahudi di mana negara pun. Saya akan berterima kasih sekiranya tuan menyampikan deklarasi ini kepada persatuan Zionist."
Israel sebenarnya telah mendapat naungan daripada kuasa besar sejak dari dulu lagi. Mereka akan melihat mana negara yang mampu membantu mereka lalu mereka akan jadikan sebagai tempat dan naungan mereka. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta. Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia Acetone, digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam peperangan. Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain pun bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.
5.2.2 Pembatalan Perjanjian Balfour
Pada tahun 1938, pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di Palestin untuk menghadapi pemberontakan Palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi mulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang Arab untuk membunuh orang Yahudi. Berlakulah pertempuran antara tentera British dibantu oleh Yahudi dan orang Arab Palestin. Lebih 10 ribu orang orang British terbunuh dan cedera dalam peristiwa itu. Begitu juga dengan orang Yahudi. Orang Arab yang syahid lebih 12 ribu orang. Kemudian tentera Yahudi telah bertambah kepada 42,000 , 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 Yahudi telah melakukan operasi pembersihan di Palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.
Pada tahun 1939, pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa British. Akhirnya pihak British membatalkan projek membahagikan Palestin kepada dua dan membatalkan Perisytiharan Balfour. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun di bawah kepimpinan orang Palestin. Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang Yahudi. Pihak British menerangkan kepada mereka bahawa ini caranya untuk menenangkan pemberontakan oleh orang arab Palestin. Pada ketika ini telah berlaku perperangan dunia ke dua di antara Jerman dan negara-negara Eropah. Lebih dari 25 juta orang telah mati.
Pada tahun 1942 Parti Republikan dan Demokratik di Amerika telah menyokong penuh orang Yahudi untuk mewujudkan negara di Palestin. Amerika telah meminta kepada British supaya membatalkan perjanjian dengan orang Arab dan pembahagian Palestin kepada dua. Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan Amerika untuk menghadapi peperangan yang sengit, mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang Arab dan membenarkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Seramai 90 ribu orang Yahudi telah berpindah ke Palestin semasa peperangan tersebut. Pada ketika ini orang-orang Yahudi merancang untuk menghalau British keluar dari Palestin. Mereka telah membunuh pegawai British dan memusnahkan pejabat-pejabat British. Pada tahun 1944, Britain merasakan kepentingan mereka di Palestin dan Yahudi sudah tiada lagi dan mengandaikan bahawa mereka sudah mampu untuk menubuhkan negara mereka sendiri. Parti Buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang-orang Palestin meninggalkan Palestin dan memberi ganjaran berbentuk kewangan kepada warga Palestin yang berpindah.
5.2.3 Respon Britain Hari Ini : Peace Valley Plan/ The Valley of Peace Initiative
Tindakan HAMAS melancarkan roket adalah satu tindak-balas kepada beberapa siri serangan yang dilancarkan tentera Israel di sekitar sempadan Gaza yang telah membunuh beberapa orang rakyat Palestine dan tentera Gaza. Israel jelas tidak menghormati gencatan senjata selama 6 bulan yang dipersetujui dalam ‘Peace Valley Plan’ hasil inisiatif Tony Blair, Ketua Pasukan PBB tentang isu Palestin tatkala melancarkan serangan ke wilayah Gaza bermula pada 4 November 2008. Projek Valley of Peace atau Lembah Keamanan ini adalah satu usaha untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antara Israel, Jordan dan Palestin. Ia telah mendapat perhatian dan sokongan yang khusus dari Presiden Israel iaitu Shimon Perez.
Projek ini melibatkan usaha sama kepimpinan tertinggi di Israel dan Palestin untuk melancarkan projek ekonomi dan industri yang diharapkan dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan di samping mengeratkan kerjasama yang erat. Ia juga sebagai satu usaha baru untuk memupuk persefahaman masyarakat antara kedua-dua negara ini berdasarkan kerjasama ekonomi yang telah diwujudkan. Fasa perlaksanaan Valley of Peace ini secara khusus merujuk kepada Lembah Arava di dalam daerah Arava yang menganjur ke Selatan sempadan antara Israel dan Jordan.
Rancangan ini telah mengutamakan sektor swasta dengan memperuntukkan USD 3 Billion iaitu untuk membina terusan sepanjang 166 kilometer yang dikenali sebagai Two Seas Canal dan menyambungkan Laut Merah dan Laut Mati. Namun, sesetengah pengkritik telah mempertikaikan rancangan ini dan mengatakan bahawa lebih baik memajukan Sungai Jordan berbanding Lembah Arava itu kerana Sungai Jordan mempunyai laluan yang lebih selamat untuk ke Laut Mati dan dapat mengurangkan risiko serangan. Idea Tony Blair, Perdana Menteri Britain selaku ketua PBB ini bagaimanapun tidak banyak mengubah keadaan di Palestin dan Israel. Walaupun banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang dibuka namun masih banyak rakyatnya yang terpaksa menggunakan terowong rahsia untuk berniaga atau mendapatkan peluang perniagaan. dan seperti yang dinyatakan tadi pihak HAMAS telah melanggar perjanjian ini dan melancarkan roket ke arah tentera Israel.
6.0 RESPON NEGARA-NEGARA LAIN.
Selain Amerika Syarikat dan Britian, terdapat juga beberapa kuasa Barat yang turut memberikan respon terhadap konflik Israel dan Palestin. Negara-negara Barat ini terdiri daripada Russia, Peranchis, Norway, Sepanyol dan lain-lain. Peranchis merupakan salah satu negara di sebalik konflik ini sebenarnya. Malah ia boleh dianggap sebagai negara yang memulakan konflik ini dan respon terhadap masalah yang dicipta bersama dengan Britian ini adalah senada dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Di dalam perjanjian “Sykes-Picot Agreement” pada bulan Mei 1916, Peranchis bersetuju menyerahkan Palestin kepada kekuasaan Britian. Hal ini sebenarnya membawa kepada konflik Israel dan Palestin.
Sebelum kewujudan negara Israel, Britian telah menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan masalah Palestin. PBB telah menubuhkan U.N.S.C.O.P atau United Nation Special Committee on Palestine yang bertujuan mencari maklumat bagi tujuan menyelesaikan masalah Palestin dan penubuhan sebuah negara Israel. U.N.S.C.O.P. ini dianggotai beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat, Soviet Union (Russia), Kanada dan Australia. Di dalam jawatankuasa ini Soviet Union (Russia) hanya menyokong sebahagian daripada rancangan negara Israel ini walaupun beberapa negara lain membantah. Jelas dapat dilihat bagaimana sejak awal lagi respon Russia terhadap isu Israel dan Palestin ini nampak berbelah bagi. Malah hingga sekarang pun dalam isu Palestin dan Israel ini, respon Russia selalu tidak konsisten. Kadang-kadang Russia menyokong usul undi menyokong Israel tetapi ada masanya membantah dan mengunakan kuasa veto mereka.
Selain itu, Sweden menerusi dutanya iaitu Dr. Gunnar Jarring yang merupakan seorang diplomat yang berpengalaman Timur Tengah telah diberikan tugasan tambahan sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan Sweden sebagai pengantaranya. Hal ini berlaku selepas sehari pengumuman Resoulusi 242 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pendamaian antara Israel dan Palestin. Di dalam hal ini Dr. Gunnar Jarring telah berusaha selama enam tahun bagi menyelesaikan masalah ini supaya segala persengketaan ini dapat dileraikan dengan keadaan yang aman. Di sini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh Sweden menerusinya dutanya untuk membantu menyelesaikan isu Palestin dan Israel ini.
Justeru, Soviet Union ( Russia) telah memberikan respon yang agak kuat terhadap konflik ini apabila memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Israel telah membawa implikasi besar terhadap perjanjian damai yang diharap-harapkan. Tindakan ini disebabkan oleh peranan Israel sebagai negara penampan Amerika Syarikat di Asia Barat dan kebetulan pada masa itu perang dingin sedang berlaku di antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus telah menyebabkan konflik Israel dan Palestin semakin hangat.
Kegagalan usaha Dr. Gunnar Jarring telah menyebabkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu, U Thant cuba mengembalikan sokongan daripada kuasa-kuasa besar. Bemula pada bulan April 1969, Britain, Peranchis, Soviet Union dan Amerika Syarikat bermesyuarat dengan harapan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu Palestin dan Israel ini. Namun, adakah kuasa-kuasa Barat ini terutama Soviet Union dan Amerika Syarikat betul-betul serius dan mengenepikan persengketaan mereka. Adakah ini merupakan salah satu cara untuk masing-masing menunjukkan kekuatan masing-masing semasa perang dingin? Di sini kita akan melihat sendiri keikhlasan dua negara kuasa besar ini dalam usaha mendamaikan konflik Israel dan Palestin dan respon kedua-duanya yang adakalanya bertentangan sehingga menimbulkan kecelaruan.
Selain itu Russia juga turut memainkan peranan penting di dalam usaha damai selepas perang dingin. Dalam perjanjian damai antara dua negara berkonflik ini iaitu Israel dan Palestin, Russia telah mengambil inisiantif bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan beberapa kuasa Barat lain menaja Perjanjian Oslo sebagai salah satu cara untuk mendamaikan kedua-dua negara ini. Perjanjian Oslo ini berlaku pada 20 Ogos 1993. Dalam Perjanjian Oslo ini, Norway juga turut memainkan peranan penting walaupun perjanjian ini mendapat kritikan daripada sarjana-sarjana serta penganalisis-penganalisis politik. Selain menjadi tuan rumah kepada perjanjian ini, Norway turut menemukan pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan Presiden Russia, Ditmitry Melvedev terutamanya selepas tamat era perang dingin. Hal ini amat penting kerana melalui perjanjian Oslo ini, tindakan bagi proses damai Israel dan Palestin semakin serius.
Selain itu, peranan yang dimainkan oleh negara Barat yang lain pula adalah tidak begitu menonjol. Kebanyakkan negara Barat lain peranannya tidak begitu nampak kerana kebanyakkan mereka bergabung membuat keputusan di bawah Kesatuan Eropah ( EU ). Melalui Kesatuan Eropah, negara-negara Barat lain seperti Sepanyol, Itali, Peranchis, Belgium, Belanda, Jerman dan banyak lagi memainkan peranan penting bagi membantu menyelesaikan konflik dua negara bergolak ini. Antara peranan yang dimainkan oleh Kesatuan Eropah ialah menjadi pengantara dalam Perjanjian Oslo yang diwakili oleh Norway dan Perjanjian “ Camp David”. Selain itu negara-negara Barat ini menerusi Kesatuan Eropah turut menghantar bantuan kemanusian dan lain-lain bantuan apabila berlakunya peperangan antara dua kuasa ini. Contohnya makanan, perubatan dan pendidikan.
Namun begitu yang menjadi tanda tanya apakah negara-negara Barat selain kuasa-kuasa besar ini terutama melalui Kesatuan Eropah tidak membantah Israel sekiranya serangan dilancarkan tetapi apabila Palestin melancarkan serangan ke atas Israel, negara-negara Barat lain ini menerusi Kesatuan Eropah ini kuat pula mengutuk serangan. Sebaliknya selepas serangan Israel, kuasa Barat yang lain ini akan sibuk-sibuk untuk menghantar bantuan kemanusian daripada mengutuk atau mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel. Di sini jelas sekali sikap berat sebelah kuasa-kuasa Barat yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah ini walaupun mereka banyak kali ingin menyelesaikan konflik Israel dan Palestin ini.
7.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya dapat disimpulkan bahawa konflik Israel dan Palestin ini merupakan satu konflik yang berpanjangan sejak dahulu lagi. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor terbabit yang mempengaruhi kemunculan gerakan zionisme dan penubuhan negara Israel. Antaranya ialah faktor agama, perebutan tanah, faktor ekonomi dan ideologi Zionisme. Hal ini telah membangkitkan konflik di antara dua negara ini dengan kuasa-kuasa besar berada di belakang konflik ini. Di dalam konflik ini, ia telah mengundang pelbagai respon daripada negara-negara barat dan sudah pastinya respon yang pelbagai. Antara respon negara-negara Barat paling ketara dapat dilihat ialah usaha mencari jalan pendamaian di antara Israel dan Palestin. Namun begitu sehingga sekarang, usaha damai yang dianjurkan oleh pihak Barat selalunya mengalami jalan buntu dan usahanya hanya terjadi semasa adanya peperangan di antara kedua-dua negara ini. Oleh itu, kita mengharapkan agar suatu hari nanti akan ada jalan penyelesaian kepada konflik Israel dan Palestin demi keamanan sejagat.
8.0 BIBLIOGRAFI
Anne Wallace Sharp, The Palestinians, Farmington Hills : The Thomson Gale, 2005.
Harun Yahya , Palestina Zionisme dan Terorisme Isreal, Jakarta: Dzikra, 2005.
Joseph Ginat,Edwards J.Pekins, Edwin G. Corr, The Middle East Process: Vision versus Reality, Oklahoma: University of Okholoma Press, 2002.
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
Marwan Bishara, Palestin/Israel: Keamanan atau Aparteid, Inifada kedua, Pengebom Berani Mati, Penempatan Israel di tebing Barat, Kuala Lumpur:Malindo Printers Sdn Bhd, 2007.
Prof Madya Dr. Mohsen M. Salleh, Haji. Ahmad Kamal bin Mohamed (penterjemah), Isu Palestin: Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, Kuala Lumpur:Fajar Ulung, 2001.
R. Garaudy, Zionis Sebuah Gerakan Keagamaan dan Politik, Jakarta:Gema Insani Press, 1995.
Ritchie Ovendale, The Arab-Israel Wars: Third Edition, Singapore: Longman Singapore, 1999.
Zain Mahmud, Migguan Malaysia, 11 Januari 2009.
Laman Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Terusan_Suez.
http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel.
Http:// Pirhot – Nababan Blogspot. Com.
Http:// hafiziesulkafle.wordpress.com.
http://drhilmi.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment